May 2, 2011

Sekolah Angkat CHEST: Sekolah Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS)



Pihak CHEST telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Menengah Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) dengan tujuan membincangkan dan merangka pelan aktiviti bersama bagi sesi 2011/2012. Hubungan yang erat antara CHEST dan SHAKS telah timbul sejak kepimpinan yang lepas, dan CHEST 2011/2012 mengambil inisiatif untuk meneruskan kesinambungan hubungan tersebut bagi memastikan kecemerlangan yang berterusan. SHAKS merupakan sekolah angkat bagi CHEST di dalam Program Sekolah Angkat yang dijalankan di bawah Exco Akademik 2, Nurul Fatimah Binti Abdul Basir. Dengan inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar di bangku persekolahan ini untuk mencapai kecemerlangan dari segi akademik, sahsiah dan kegiatan luar.

Wakil daripada beberapa orang Majlis Tertinggi dan Exco CHEST 2011/2012

Dalam kunjungan ini, pelbagai aktiviti bersama telah dibincangkan antaranya kelas intensif bagi pelajar SPM & PMR, Kem Kepimpinan Pengawas, Hari Inovasi dan Teknologi, Sambutan Aidilfitri, Program Mentor-Mentee, dan Kem Motivasi Pelajar. Semua aktiviti yang dirancang akan dijalankan sepanjang sesi 2011/2012 ini. Ribuan ucapan penghargaan diucapkan kepada pihak sekolah SHAKS atas kesudian untuk bekerjasama dan menjalinkan hubungan dan bertukar-tukar aktiviti dengan pihak CHEST. Diharapkan program-program yang telah dirancang ini dapat membantu para pelajar dan pihak sekolah dalam meningkat kecemerlangan sekolah dan diri para pelajar sendiri. Kami di pihak CHEST berbesar hati untuk membantu dalam menjayakan program-program tersebut. 

Mengambil kenangan sebagai titik tolak Program Sekolah Angkat CHEST

Terima Kasih di ucapkan kepada kedua Kaunselor SHAKS atas kerjasama dan sambutan yang luar jangka.

Sedikit penghargaan kepada pihak SHAKS yang disampaikan oleh Exco Akademik 2 kepada Kaunselor SHAKS.

May 1, 2011

Program Minggu Inovasi CHEST 2011

Kami ingin mengalu-alukan kepada semua pelajar UMP dan khususnya kepada pelajar FKKSA untuk menyertai program-program sempena Minggu Inovasi CHEST yang akan diadakan pada semester hadapan. Program-program yang dianjurkan adalah termasuk Chem-e-Car Competition, Car Design Competition dan Young Chemical Engineer Competition. Pertandingan-pertandingan  tersebut akan diadakan sepanjang berlangsungnya Minggu Inovasi CHEST 2011 dan menjanjikan hadiah yang lumayan. Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan boleh didapati di laman Exco Inovasi dan Teknologi. berikut adalah senarai program yang  bakal dijalankan.


Senarai Program Minggu Inovasi CHEST

3 Oktober 2011
Majlis Perasmian Minggu Inovasi dan Biodiesel 2011

5 Oktober 2011
Lawatan ke Technology Park Malaysia

6 Oktober 2011

7 Oktober 2011

8 Oktober 2011

9 Oktober 2011
dan 
Majlis Penutup Minggu Inovasi CHEST 


Oleh itu, kami mengajak semua pelajar UMP dan khususnya buat pelajar FKKSA untuk memeriahkan program ini. Inovasi dan teknologi pembina masa hadapan negara. Jadikanlah budaya inovasi sebagai budaya mahasiswa UMP dan FKKSA. Mari lah bersama kami....