Mar 21, 2011

Sidang Redaksi Chest4u

Berdiri dari kiri:
Adila, Wan, Akmar, Willy, Syazana, Ashikin, Wendy.
Duduk dari kiri:
Shabirah, Nabilah, Khairul Hamid, Meow, Fiza

Memperkenalkan ahli jawatankuasa baru Sidang Redaksi Chest4you. Kebanyakan ahli terdiri dari pelajar tahun pertama dan kedua. Diharap dengan tertubuhnya ahli jawatankuasa yang baru ini, Buletin Chest4you akan sentiasa mengeluarkan berita-berita yang berguna kepada semua pelajar FKKSA. 
Bulat air kerana pembetong, bulat air kerana muafakat.

Ketua Editor
Abdul Khairul bin Abd Hamid

Editor
1) Nur Suhada bt Drahim
2) Chai Seng Miao
3) Noor Fiza Asiqin Binti Mohd Ramlan

Penulis
1) Zaitul Akmar  Binti Mohd Asri
2) Nor Ashikin Binti Kushin
3) Wan Nur Izzati Binti Riza

Jurugambar
1) Nur Syazana Bt Md Nazri
2) Willy Wong Xiu Fa
3) Nur Adilah Binti Othman

Pelukis Grafik
1) Wendy Wong Wei Ding
2) Ismail Ammar bin Mohamat

Pemasaran
1) Nur Nabillah Binti Mohd Arif
2) Shabirah Binti Ezan


Mar 17, 2011

Pencarian Ahli Chempro Enterprise, Sidang Redaksi CHEST & Skuad 991

Kami ingin mewar-warkan pada malam 17hb Mac 2011 akan diadakan temuduga pengambilan AJK 3 Unit di dalam CHEST iaitu Chempro Enterprise, Skuad 991 dan Sidang Redaksi CHEST 2011/2012. Kepada semua pelajar FKKSA kami mengajak anda untuk turun dan mengikuti sesi temuduga ini. Di sini kami akan terangkan apa fungsi dan tugas setiap unit bagi pengambilan malam ini.

Chempro Enterprise.
ChemPro Enterprise adalah sebuah syarikat dibawah CHEST. Ia dikelolakan di bawah Exco Keusahawanan & Ekonomi 1. Sebagai sebuah syarikat, semestinya pelbagai perniagaan akan diadakan dan aktiviti yang bakal dijalankan oleh syarikat ini. Diasaskan pada tahun 2010, yang sebelumnya dikenali sebagai FKKSA Enterprise dan kini ditukar kepada ChemPro Enterprise. Penjajaran imej adalah bertujuan untuk menjadikan ChemPro sebuah syarikat bebas dibawah naungan CHEST. ChemPro Enterprise berwawasan untuk menjadikan syarikat di bawah CHEST ini sebagai satu syarikat Korporat yang dapat berdiri dan menjana pelbagai pendapat untuk menjadi dana kepada CHEST.

Skuad 991
Skuad 991 merupakan unit sukarelawan di bawah kelolaan Exco Kebajikan. Fungsi Skuad 991 adalah menyediakan sukarelawan dalam kalangan mahasiswa FKKSA, UMP bagi persediaan kepada bila-bila masa kecemasan. Skuad 991 juga diasaskan pada tahun 2010, yang mempunyai keanggotaan seramai 15orang. Skuad 991 telah bergerak dan membantu mangsa banjir di bahagian Utara Semenanjung Malaysia pada kejadian banjir teruk pada hujung tahun lepas. Ahli-ahli skuad yang diperlukan mestilah mempunyai ketahanan fizikal & mental, selain itu berniat sebagai sukarelawan tanpa paksaan. Skuad ini memerlukan ahli lelaki yang ramai kerana tenaga kerja lelaki sangat diperlukan ketika kecemasan.

Sidang Redaksi CHEST
Sidang Redaksi CHEST adalah salah satu unit dibawah kelolaan Exco Media & Komunikasi. Unit ini berfungsi sebagai penerbit kepada buletin keluaran CHEST. Tahun ini adalah tahun perintis, di mana unit ini baru beroperasi pada tahun ini. Terdapat 6 jawatan dalam unit ini iaitu, ketua editor, editor, penulis, jurugambar, jurureka grafik dan pemasaran. Sidang Redaksi ini akan membawakan berita-berita dan informasi terkini tentang perkembangan di dalam fakulti kita, UMP dan persekitaran malahan di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Ayuh beramai-ramai datang ke sesi temuduga malam ini. Kami memerlukan sokongan dari anda mahasiswa FKKSA dalam menjayakan semua wawasan yang telah direncanakan. Anda tidak kerugian apa-apa untuk menyertai malah mendapat lebih dari apa yang anda akan jangkakan. Mari beramai datang ke bilik CHEST dalam bangunan FKKSA pada pukul 8.30pm (17 Mac 2011). Sekian untuk waktu ini.

Mar 13, 2011

Sambutan Maulidur Rasul UMP 2011

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Pada 16 Februari yang lepas, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1432H dan Ulang Tahun Penubuhan UMP. CHEST juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. Secara kasarnya, program sambutan berjalan dengan lancar dan tahniah kepada kumpulan CHEST kerana mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan perarakan sempena Majlis Sambutan tersebut.
Majlis dilangsungkan di Dewan Kompleks Sukan UMP

Majlis telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Prof. Dato'. Dr Daing Nasir Ibrahim. Pelbagai acara telah dilangsung kan, dimulakan dengan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diiringi oleh koir Sahabat Masjid (SAHAM), dan kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al-quran. Setelah selesai majlis dilangsungkan di dalam Dewan Kompleks Sukan UMP, acara perarakan dimulakan. Perarakan yang dimulakan daripada dewan tersebut sehigga ke Masjid UMP. Setiba di Masjid UMP, majlis bacaan Tahlil dan doa selamat telah dijalankan dan diakhri dengan majlis penyampaian kepada para pemenang pertandingan perarakan.

Tahniah diucapakan kepada semua Majlis Tertinggi, exco dan ahli-ahli CHEST yang bertungkus lumus membantu dalam menyiapkan kain rentang. Dalam masa sehari sahaja kami dapat menyiapkan kain tersebut dan merancang semua pelan dengan teratur. Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan CHEST.

Sekalung penghargaan kepada semua ahli CHEST yang sanggup mengambil bahagian dan menolong menyiapkan semua kerja sebelum program berlangsung. Semoga usaha yang ditunjukkan dapat diteruskan dengan perogram yang berikutnya.

Pelajar mewarna kain rentang
Menolong menyusun bunga manggar
Bertungkus-lumus berkerja
wakil pelajar FKKSA & Ahli CHEST
Megah berselawat
Antara pelajar-pelajarFKKSA yang menyertai perarakan
Kain rentang hasil usaha semua MT, exco & ahli CHEST

Mar 12, 2011

Wajah Baru...

Assalamuaikum & Salam 1 Malaysia.

Setelah blog ini berpindah kepada admin yang baru, kami dengan besar hati ingin memberitahu bahawa blog CHEST telah berwajah baru. Kami harapkan dengan pengubahsuaian ini dapat terus memajukan lagi persatuan fakulti kita ini untuk pelajar-pelajar kita.

Awal kalam, kami mengucapkan ribuan tahniah kepada Majlis tertinggi dan exco yang baru dilantik. Setelah melalui proses pilihanraya yang mencabar, akhirnya beberapa orang pelajar telah berjaya menempatkan diri dalam kerusi kabinet CHEST 2011/2012 yang baru. Berikut adalah senarai kabinet CHEST Yang baru

Khairul Anwar Bin Rosli (PRESIDEN)

Nurkhalida Binti Shahari (Timb. Presiden)

Muhd Fais Bin Haron (Setiausaha Agung 1)
Faridah Binti Mohd Nor (Setiausaha Agung 2)
Farhana Binti Amanulla Khan (Bendahari Kehormat)

Senarai diatas adalah merupakan Majlis Tertinggi dalam Kabinet CHEST 2011/2012. Terdapat 15 orang pelajar yang telah memenuhi kerusi exco CHEST pada tahun ini. Berikut merupakan senarai exco di dalam kabinet CHEST 2011/2012:

  • Exco Akademik 1: CHAN WILLIAM
  • Exco Akademik 2: NURUL FATIMAH ABDUL BASIR
  • Exco Kebajikan: THAIBAH BINTI ALI
  • Exco Keushawanan & Ekonomi 1: MOHD EHRAN RAZALI
  • Exco Keushawanan & Ekonomi 2: WAN SITI NORHASHIMAH
  • Exco Sukan & Rekreasi: MUHAMMAD SYAFIQ AZIZ
  • Exco Perhubungan Antarabangsa & Industri: NORHAFIZUDDIN HUSEIN@YUSOF
  • Exco Media & Komunikasi: ISMAIL AMMAR MOHAMAT
  • Exco Inovasi & Teknologi: MUHAMMAD HELLMY ALIAS
  • Exco Tugas-tugas Khas & Kebudayaan: AIZA ABD RAHMAN

Kami mengharapkan dengan pelantikan Jawatankuasa CHEST 2011/2012 ini akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih efektif. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada pelantikan ini.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh disuarakan di laman facebook CHEST.

Sekian untuk waktu ini.