Sempena Majlis Konvokesyen yang ke -7, Universiti Malaysia Pahang, Kami dari barisan kepimpinan CHEST sesi 2011/2012 mewakili seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada para graduan FKKSA. Setelah 4 tahun dan 3 tahun berkerja keras ini la masa yang dinantikan untuk menggenggam segulung ijazah.
Walaupun laluan sukar yang dihadapi sebelum menamatkan sesi perkuliahan selama 4 tahun, namun semangat juang yang kental dan dalam pada diri semua graduan FKKSA telah membuahkan hasil. Kami mendoakan agar semua graduan FKKSA akan berjaya dalam bidang yang diceburi selepas ini dan berilah kami tunjuk ajar pada masa akan datang demi mengembangkan lagi pengetahuan dari segi kejurteraan kimia dan perkembangan industri pada masa akan datang.
Tahniah daripada kami, Semoga selalu sukses...