Baru-baru ini C4U telah hadir ke sesi penerangan tentang sistem pendaftaran kolej kediaman untuk sesi 2011/2012 kelak. Sistem ini baru lagi digunakan di UMP dan diperkenalkan tahun ini oleh Majlis Pemilihan Pendaftaran Asrama UMP. Seperti yang diterangkan oleh pengetua kolej kediaman, sistem ini adalah sistem pengisian borang secara online melalui E-Community para mahasiswa/i UMP. Cara untuk menggunakan sistem tersebut adalah seperti berikut:
- Log in ke sistem E-Community.
- klik kepada Hostel Application (diruangan Sebelah kiri)
- Jika anda layak (iaitu markah merit bersih anda melepasi syarat layak memohom), anda akan masuk ke applikasi pemohonan kolej kediaman. Jika anda tidak layak (Sistem akan memberitahu anda tidak layak) anda tidak dapat untuk masuk ke applikasi permohonan dan hendaklah sebaliknya mengisi borang rayuan permohonan.
- Setelah anda masuk ke applikasi permohonan, anda dikehendaki untuk memilih kolej kediaman yang anda ingin mohon. Kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), anda hanya layak untuk memohon kolej kediaman KK1, KK2, KK3 & KK4 sahaja. KK5 dan KK bazar Muhibbah tidak terdapat dalam pilihan,
- Setelah anda memilih kolej kediaman, anda dikehendaki untuk memasukkan nama rakan sebilik anda. Untuk pelajar KK1 dan KK3 anda boleh memilih 2 atau 4 orang rakan sebilik. Kepada Pelajar yang memilih KK2, hanya boleh memilih 2 orang rakan sebilik anda. kepada pemohon KK4, anda boleh memilih 5 atau 8 orang rakan sebilik anda.
- Setelah anda memasukkan nama rakan sebilik anda, rakan yang anda pilih hendaklah menerima dan bersetuju dengan memilih pilihan 'AGREE' pada applikasi tersebut untuk menandakan anda bersetuju.
- Setelah itu, anda diminta untuk mencetak borang permohonan dan menghantar ke pejabat kolej kediaman yang anda telah mohon. Rakan sebilik anda hendaklah menandatangan pada borang berkenaan. Kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau kewangan, hendaklan melampirkan surat sokongan seperti surat doktor ataupun surat daripada pihak kebajikan. Borang permohonan boleh dihantar ke pejabat kolej kediaman sebelum pukul 5 petang, 3 Mei 2011.
Sistem kali ini beteraskan markah merit, iaitu melalui markah yang telah dikira melalui sistem yang dimasukkan oleh setiausaha-setiausaha persatuan yang berkenaan. Sistem merit yang dilaksanakan adalah berdasarkan 50% merit akademik dan 50% merit aktiviti (kepada pelajar tahun 2 &3), dan 60% merit akademik dan 40% merit aktiviti (Pelajar tahun 1). Bagi kiraan markah akademik akan dilaksanakan oleh sistem berkenaan. Kepada pelajar yang mendapat markah merit yang melepasi syarat layak MEMOHON asrama dapat menggunakan applikasi permohonan asrama UMP. Jika anda tidak mencapai syarat layak memohon anda tidak akan dapat menggunakan applikasi tersebut. Applikasi permohonan akan dibuka bermula pada 20 April 2011 sehingga 3 Mei 2011.
Pemeberitahuan kepada pelajar FKKSA, anda diminta untuk mengisi borang spreadsheet dibawah bagi kami mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai sebarang merit aktiviti bagi membolehkan anda memohon untuk mendapat asrama pada sesi 2011/2012.
Update terbaru daripada pihak kolej kediaman, jika anda hendak mengetahui bagaimana proses kiraan merit dilaksanakan boleh klik pada rangkaian seperti yang dibawah.
http://notes.ump.edu.my/fkee/Makluman%20awal%20permohonan%20Kolej%20Kediaman%20sesi%202011_2012.docx
C4U berharap tidak ada pelajar FKKSA yang tercicir daripada permohonan ini. Pihak CHEST berbesar hati untuk membantu smua pelajar FKKSA. Jika ada sebarang masalah tentang permohonan kolej kediaman ini, anda hendaklah berhubung terus kepada pihak pengurusan kolej kediaman masing. Sekian dahulu dari C4U.
No comments:
Post a Comment