Mar 17, 2011

Pencarian Ahli Chempro Enterprise, Sidang Redaksi CHEST & Skuad 991

Kami ingin mewar-warkan pada malam 17hb Mac 2011 akan diadakan temuduga pengambilan AJK 3 Unit di dalam CHEST iaitu Chempro Enterprise, Skuad 991 dan Sidang Redaksi CHEST 2011/2012. Kepada semua pelajar FKKSA kami mengajak anda untuk turun dan mengikuti sesi temuduga ini. Di sini kami akan terangkan apa fungsi dan tugas setiap unit bagi pengambilan malam ini.

Chempro Enterprise.
ChemPro Enterprise adalah sebuah syarikat dibawah CHEST. Ia dikelolakan di bawah Exco Keusahawanan & Ekonomi 1. Sebagai sebuah syarikat, semestinya pelbagai perniagaan akan diadakan dan aktiviti yang bakal dijalankan oleh syarikat ini. Diasaskan pada tahun 2010, yang sebelumnya dikenali sebagai FKKSA Enterprise dan kini ditukar kepada ChemPro Enterprise. Penjajaran imej adalah bertujuan untuk menjadikan ChemPro sebuah syarikat bebas dibawah naungan CHEST. ChemPro Enterprise berwawasan untuk menjadikan syarikat di bawah CHEST ini sebagai satu syarikat Korporat yang dapat berdiri dan menjana pelbagai pendapat untuk menjadi dana kepada CHEST.

Skuad 991
Skuad 991 merupakan unit sukarelawan di bawah kelolaan Exco Kebajikan. Fungsi Skuad 991 adalah menyediakan sukarelawan dalam kalangan mahasiswa FKKSA, UMP bagi persediaan kepada bila-bila masa kecemasan. Skuad 991 juga diasaskan pada tahun 2010, yang mempunyai keanggotaan seramai 15orang. Skuad 991 telah bergerak dan membantu mangsa banjir di bahagian Utara Semenanjung Malaysia pada kejadian banjir teruk pada hujung tahun lepas. Ahli-ahli skuad yang diperlukan mestilah mempunyai ketahanan fizikal & mental, selain itu berniat sebagai sukarelawan tanpa paksaan. Skuad ini memerlukan ahli lelaki yang ramai kerana tenaga kerja lelaki sangat diperlukan ketika kecemasan.

Sidang Redaksi CHEST
Sidang Redaksi CHEST adalah salah satu unit dibawah kelolaan Exco Media & Komunikasi. Unit ini berfungsi sebagai penerbit kepada buletin keluaran CHEST. Tahun ini adalah tahun perintis, di mana unit ini baru beroperasi pada tahun ini. Terdapat 6 jawatan dalam unit ini iaitu, ketua editor, editor, penulis, jurugambar, jurureka grafik dan pemasaran. Sidang Redaksi ini akan membawakan berita-berita dan informasi terkini tentang perkembangan di dalam fakulti kita, UMP dan persekitaran malahan di seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Ayuh beramai-ramai datang ke sesi temuduga malam ini. Kami memerlukan sokongan dari anda mahasiswa FKKSA dalam menjayakan semua wawasan yang telah direncanakan. Anda tidak kerugian apa-apa untuk menyertai malah mendapat lebih dari apa yang anda akan jangkakan. Mari beramai datang ke bilik CHEST dalam bangunan FKKSA pada pukul 8.30pm (17 Mac 2011). Sekian untuk waktu ini.

No comments:

Post a Comment