Alhamdulillah kita dah hampir sampai ke penghujung semester ini. Kami mengucapkan selamat belajar kepada semua mahasiswa FKKSA dan juga mahasiswa/i yang lain juga bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh itu, C4U kali ini ingin berkongsi sedikit santapan minda, bukan sekadar kita duduk dan belajar, kadang kala kita juga perlukan rehat. C4U ingin berkongsi tips-tips sebelum menduduki peperiksaan. C4U percaya semua mahasiswa/i mempunyai tips yang sendiri, dan ada juga yang menyimpan tips belajar bermula dari UPSR, PMR, SPM, PSPM( bagi yang kat matrik) dan STPM (bg yang dari tingkatan 6), pastinya tips-tips menduduki peperiksaan tersebut dibawa sehingga ke peringkat universiti. Sekarang mari kita sama-sama renung-renungkan tips sehari sebelum menjelang peperiksaan yang C4U dapat.
TIPS SEHARI SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
- Cuti dari belajar. Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa apapun yang anda belajar sehari sebelum hari peperiksaan mungkin lansung tidak akan membantu anda. Mengapa hal sebegini terjadi? Kerana maklumat terkini yang anda belajar, masih bermain-main di memori jangka pendek anda dan akan mengganggu anda untuk mengingati maklumat yang anda belajar semalam,minggu lepas,serta bulan-bulan yang lepas.
- Lakukan sesuatu yang menenangkan fikiran atau minda anda. Ajaklah teman anda untuk membuat sesuatu aktiviti yang dapat merehatkan minda. Aktiviti lasak yang berisiko tinggi amat tidak digalakkan. Ini kerana,jika ada sesuatu yang buruk menimpa diri anda,sudah tentu lah akan menggangu proses anda untuk menjawab peperiksaan. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti melukis,melihat gambar-gambar keluarga serta rakan,mendengar muzik yang berharmoni,serta bermain alat muzik yang anda gemari.
- Hati-hati dengan pengambilan kafein. Anda tidak perlu mengambil apa sebarang minuman yang mengandungi kafein semata-mata untuk berjaga sehingga lewat malam atas tujuan untuk membuat ulangkaji pelajaran.Ini adalah suatu tindakan yang akan memakan diri anda sendiri. Cuba bayangkan apabila jika anda tidak dapat tidur semalaman, sudah pasti pada hari tersebut anda akan mengalami pelbagai masalah seperti mengantuk,sukar untuk berfikir secara rasional,gugup serta berbagai-bagai lagi.
- Sediakan segala persiapan seperti pakaian dan alat tulis. Persiapan awal adalah amat penting bagi memastikan tidak terjadi kelam kabut di pagi hari. Pastikan pakaian telah digosok kemas. Personaliti yang kemas dapat membangkitkan semangat untuk lebih berani dan berkeyakinan semasa menjawab peperiksaan.Alat tulis adalah umpama senjata di medang perang. Anda perlu menyediakan alat tulis yang lengkap kerana sebarang peminjaman semasa peperiksaan adalah dilarang sama sekali.
- Berdoa dan minta restu Ibu dan Ayah.Setiap agama mempunyai amalan yang tersendiri. Kepada para penganut agama Islam anda diharuskan untuk berdoa serta membaca ayat suci Al-Quran. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan solat istiharah bagi dimudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan. Anda juga hendaklah mendapatkan restu dari ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah amat penting bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Itulah sedikit tips yang kami boleh kongsikan. Kami dari pihak CHEST berharap agar semua mahasiswa/i berjaya dalam peperiksaan yang bakal kita duduki nanti. Walaubagaimanapun, kita hendaklah ingat, hidup tanpa kegembiraan tiada makna. Jangan la rakan-rakan mahasiswa stress memanjang sehingga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Seharusnya kita mengatur jadual belajar dengan baik. Bak kata pepatah orang putih "Study Hard, Study Smart". Apa-apa pun C4U ingin berkongsi satu lawak jenaka agar dapat meringankan sedikit beban di otak para mahasiswa. Lawak jenaka yang di petik dari Lawak Jenaka.com.
Sekian dahulu dari C4U. Kami mendoakan kejayaan semua mahasiswa. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!! :)
No comments:
Post a Comment