Dec 17, 2011

Institution of Engineers Malaysia (IEM)


Ramai yang bertanyakan kami apa sebenarnya IEM yang disebut-sebutkan oleh ramai mahasiswa dan mahasiswi FKKSA. Di sini C4U akan berkongsi sedikit informasi tentang IEM yang diwar-warkan dan apakah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ahli IEM, prosedur yang perlu dilakukan dan kelebihan sebagai seorang yang begelar ahli IEM. C4U akan mengupas sedikit demi sedikit untuk mengatasi kekeliruan para mahasiswa/i sekalian.

Apa itu Institution of Engineers Malaysia (IEM)?
IEM adalah satu organisasi yang ditubuhkan khas kepada jurutera di seluruh Malaysia yang meliputi semua aspek bidang kejuruteraan daripada kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam mahupun kejuruteraan kimia. IEM berfungsi sebagai badan profesional yang menjamin kualiti dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan profesionalisme yang dapat membantu mengukuhkan pembangunan negara. IEM menyediakan platform latihan kepakaran dan juga pengiktirafan kepada para jurutera di Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh IEM adalah seperti berikut:

  1. Temuduga professional
  2. Aktiviti-aktiviti sosial & pendidikan
  3. Minggu kejuruteraan (Engineer's Week)
  4. Penasihat kerjaya kejuruteraan IEM
  5. Pencetakan dan penerbitan
  6. Perpustakaan
  7. Program jalinan
Apakah kelayakan yang anda perlu ada?
Untuk menjadi seorang ahli kepada IEM bagi mahasiswa/i bagi mendapat kelayakan sebagai seorang ahli, anda hendaklah berumur tidak kurang daripada 17 tahun, mengikuti kursus yang membawa kepada penganugerahan ijazah kejuruteraan atau diploma atau yang setaraf dan anda mestilah calon yang mendaftar untuk Bahagian I atau Bahagian II peperiksaan siswazah IEM/BEM atau peperiksaan institusi profesional di luar negara yang diiktiraf sahaja. 

Bagaimana cara untuk menjadi Ahli?
Cara untuk mendaftar, anda perlu menghantar borang permohonan untuk menjagi ahli, disertakan dengan surat daripada Naib Canselor ataupun ketua jabatan atau surat kelulusan untuk menduduki Peperiksaan Siswazah IEM/BEM atau Peperiksaan 'Engineering Council'. 

Apa kelebihan bergelar Ahli IEM?
  1. Mendapat pengiktirafan dalam pengalaman bidang kejuruteraan dan pencapaian profesional
  2. Anda akan dinilai dari segi kecekapan untuk melayakkan anda berdaftar sebagi Jurutera Profesional.
  3. Akses kepada rangkaian yang luas kepada rakan-rakan jurutera di sektor awan dan swasta seluruh Malaysia dan juga antarabangsa.
  4. Kelebihan dalam pembangunan profesional melalui kursus dan ceramah yang dianjurkan dalam institusi ataupun konferens luar dan juga 'Site Visit'.
  5. Maju seiring dengan perkembangan bidang kejuruteraan melalui akses pembacaan jurnal dan buletin dari IEM
  6. Pengiktirafan secara formal tentang profesion anda
  7. Menyediakan saluran untuk rangkaian dengan jurutera lain di luar syarikat dan juga peluang untuk bertemu dengan pemimpin industri.
  8. Ahli-ahli korporat IEM diterima untuk pendaftaran sebagai seorang jurutera profesionaldengan Lembaga Jurutera Malaysia.
  9. Peluang untuk ditaja oleh IEM untuk membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan / atau persidangan antarabangsa.
Pelbagai lagi kelebihan-kelebihan jika bergelar sebagai seorang Ahli IEM. 

Kami menggalakkan semua mahasiswa/i khususnya daripada FKKSA untuk mendaftar sebagai ahli. Borang permohonan boleh didapati daripada Muhammad Fais Bin Haron (013-6959798) dan perlu dihantar secepat mungkin. Untuk maklumat lebih lanjut tentang IEM anda boleh menghubungi atau melayari butiran seperti dibawah:


The Institution of Engineers, Malaysia
Bangunan Ingenieur, Lot 60/62,
Jalan 52/4, Peti Surat 223 (Jalan Sultan),
46720 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel :(603) 79684001
Fax :(603) 79577678

Laman Web: www.myiem.org.my


No comments:

Post a Comment