Dec 17, 2011

Program Minggu Inovasi CHEST 2011


Sudah berlalu program Minggu Inovasi CHEST 2011 anjuran EXCO Inovasi & Teknologi, Chemical Engineering Students Society (CHEST) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang pada hari ini. Secara keseuluruhan program berjalan dengan lancar dan jayanya, dengan sambutan yang memberansangkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada program ini adalah pertandingan 'Young Inventor' dan 'UMP Chem-e-Car'. Hadiah yang lumayan dibawa pulang oleh para peserta.


Ini adalah program Inovasi yang julung kalinya diadakan dibawah CHEST dan tahun ini adalah satu permulaan yang baik bagi bidang inovasi dan teknologi yang dikendalikan oleh para mahasiswa sendiri. Pertandingan 'Young Inventor' sebagai contoh boleh menjadi satu medium bagi para mahasiswa untuk berfikir lebih kreatif bagi mencipta sesuatu yang baru dan berguna demi masyarakat dan negara. Idea-idea yang kreatif ini menonjolkan bakat terpendam para mahasiswa yang bertanding dan sekaligus idea yang telah ditunjukkan dapat dihargai.

Pertandingan 'UMP Chem-e-car' merupakan satu batu loncatan bagi mahasiswa untuk bertanding kemahiran dalam menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia. Para pemenang pertandingan ini akan dibawa ke Pertandingan Chem-e-car peringkat negara yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun hadapan. Saingan sengit yang dipertandingkan oleh setiap kumpulan yang disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi UMP menampakkan lagi pemikiran kreatif, inovatif dan 'critical-thinking' dalam menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi semasa proses pembikinan kereta tersebut.

Diharapkan program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan. C4U menyediakan sedikit gambar dan video sorotan pertandingan 'UMP Chem-e-car' dan Program Minggu Inovasi CHEST 2011.



Pemenang Chem-e-Car tempat ke 3 - International Malaysia Expert (I-Mex)

Pemenang Chem-e-Car tempat ke 2 - Car Town

Juara Chem-e-Car - MM'S Car

No comments:

Post a Comment