Apr 21, 2011

Peperiksaan akhir semester....


Assalamualaikum & salam 1Malaysia...
Alhamdulillah kita dah hampir sampai ke penghujung semester ini. Kami mengucapkan selamat belajar kepada semua mahasiswa FKKSA dan juga mahasiswa/i yang lain juga bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Oleh itu, C4U kali ini ingin berkongsi sedikit santapan minda, bukan sekadar kita duduk dan belajar, kadang kala kita juga perlukan rehat. C4U ingin berkongsi tips-tips sebelum menduduki peperiksaan. C4U percaya semua mahasiswa/i mempunyai tips yang sendiri, dan ada juga yang menyimpan tips belajar bermula dari UPSR, PMR, SPM, PSPM( bagi yang kat matrik) dan STPM (bg yang dari tingkatan 6), pastinya tips-tips menduduki peperiksaan tersebut dibawa sehingga ke peringkat universiti. Sekarang mari kita sama-sama renung-renungkan tips sehari sebelum menjelang peperiksaan yang C4U dapat.

TIPS SEHARI SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
  1. Cuti dari belajar. Banyak penyelidikan telah menunjukkan bahawa apapun yang anda belajar sehari sebelum hari peperiksaan mungkin lansung tidak akan membantu anda. Mengapa hal sebegini terjadi? Kerana maklumat terkini yang anda belajar, masih bermain-main di memori jangka pendek anda dan akan mengganggu anda untuk mengingati maklumat yang anda belajar semalam,minggu lepas,serta bulan-bulan yang lepas.
  2. Lakukan sesuatu yang menenangkan fikiran atau minda anda. Ajaklah teman anda untuk membuat sesuatu aktiviti yang dapat merehatkan minda. Aktiviti lasak yang berisiko tinggi amat tidak digalakkan. Ini kerana,jika ada sesuatu yang buruk menimpa diri anda,sudah tentu lah akan menggangu proses anda untuk menjawab peperiksaan. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti melukis,melihat gambar-gambar keluarga serta rakan,mendengar muzik yang berharmoni,serta bermain alat muzik yang anda gemari.
  3. Hati-hati dengan pengambilan kafein. Anda tidak perlu mengambil apa sebarang minuman yang mengandungi kafein semata-mata untuk berjaga sehingga lewat malam atas tujuan untuk membuat ulangkaji pelajaran.Ini adalah suatu tindakan yang akan memakan diri anda sendiri. Cuba bayangkan apabila jika anda tidak dapat tidur semalaman, sudah pasti pada hari tersebut anda akan mengalami pelbagai masalah seperti mengantuk,sukar untuk berfikir secara rasional,gugup serta berbagai-bagai lagi.
  4. Sediakan segala persiapan seperti pakaian dan alat tulis. Persiapan awal adalah amat penting bagi memastikan tidak terjadi kelam kabut di pagi hari. Pastikan pakaian telah digosok kemas. Personaliti yang kemas dapat membangkitkan semangat untuk lebih berani dan berkeyakinan semasa menjawab peperiksaan.Alat tulis adalah umpama senjata di medang perang. Anda perlu menyediakan alat tulis yang lengkap kerana sebarang peminjaman semasa peperiksaan adalah dilarang sama sekali.
  5. Berdoa dan minta restu Ibu dan Ayah.Setiap agama mempunyai amalan yang tersendiri. Kepada para penganut agama Islam anda diharuskan untuk berdoa serta membaca ayat suci Al-Quran. Anda juga boleh melakukan solat hajat dan solat istiharah bagi dimudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan. Anda juga hendaklah mendapatkan restu dari ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah amat penting bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Itulah sedikit tips yang kami boleh kongsikan. Kami dari pihak CHEST berharap agar semua mahasiswa/i berjaya dalam peperiksaan yang bakal kita duduki nanti. Walaubagaimanapun, kita hendaklah ingat, hidup tanpa kegembiraan tiada makna. Jangan la rakan-rakan mahasiswa stress memanjang sehingga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Seharusnya kita mengatur jadual belajar dengan baik. Bak kata pepatah orang putih "Study Hard, Study Smart". Apa-apa pun C4U ingin berkongsi satu lawak jenaka agar dapat meringankan sedikit beban di otak para mahasiswa. Lawak jenaka yang di petik dari Lawak Jenaka.com.
Sekian dahulu dari C4U. Kami mendoakan kejayaan semua mahasiswa. Renung-renungkan dan selamat beramal.




Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!! :)

Apr 19, 2011

Makluman: Diharap semua Mahasiswa untuk bertenang...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
C4U telah digemparkan pagi ini dengan masalah tidak dapat masuk ke applikasi permohonan Asrama UMP 2011/2012. Setelah itu, dengan inisiatif pihak CHEST untuk mendapatkan ulasan dari pihak JHEPA UMP, mereka telah memaklumkan bahawa sistem permohonan tersebut masih lagi dibawah tahap ujian. Namun kebanyakan pelajar telah masuk tanpa apa-apa makluman daripada JHEPA. Oleh hal yang demikian, JHEPA telah menetapkan sistem akan dibuka secara RASMI pada pukul 2PM ini.

Kepada mahasiswa/i yang telah memohon sebelum ini, pihak CHEST berharap agar membuat permohonan selepas 2PM ini. Kepada mereka yang telah mencuba masuk namun telah gagal, anda diminta untuk bertenang dan bersabar. Sistem telah terganggu sejak pagi tadi dan membuatkan masalah kepada sistem permohonan tersbut. MT & Exco CHEST sendiri telah mencuba dan juga tidak layak untuk memohon. Oleh itu, kami memohon jasa baik semua Mahasiswa/i FKKSA malahan UMP untuk bertenang. Pihak JHEPA telah maklumkan untuk menunggu MEMO rasmi daripada pihak mereka.

Semua kekeliruan dan kelemahan dari pihak CHEST kami memohon maaf. Kami berharap semua mahasiswa dapat bertenang. Jika ada sebarang masalah, sila layari FACEBOOK CHEST dan boleh email kepada kami di infochest@gmail.com. Sila ikuti blog ini untuk mendapatkan berita yang terkini. Sekian dahulu, harap maklum.

Apr 18, 2011

Senarai Program CHEST sepanjang sesi 2010/2011

Berikutan permintaan daripada mahasiswa yang mahukan pihak CHEST memberikan senarai program-program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 iaitu bermula daripada Julai 2010 sehingga Mac 2011. Program-program yang disenaraikan ini adalah program-program yang telah dimasukkan dalam kiraan merit mahasiswa. Mahasiswa FKKSA boleh menyemak senarai program yang telah anda sertai di sini. Senarai program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

SENARAI AKTIVTI CHEST (JULAI 2010-MAC 2011)
  1. BENGKEL PEMANTAPAN SEKRETARIAT CHEST 2010/11
  2. MATRICULATION CHEMICAL ENGINEERING SEMINAR 2011 (MATRES’11)
  3. PROGRAM ASPIRASI KIMIA 2010
  4. PELANCARAN SEKOLAH ANGKAT CHEST
  5. BENGKEL PEMANTAPAN SEKRETARIAT CHEST 2010/11
  6. ANNUAL GRAND MEETING CHEST 2010
  7. DOCUMENTARIES BASED ON CHEMICAL ENGINEERING FIELD
  8. JAMUAN RAYA FKKSA
  9. ANNUAL GRAND MEETING CHEST 2011
  10. SISWA CAKNA KOMUNITI ‘10
  11. CHEST ANNUAL DINNER 2010 GLAMOROUS GALA GLITTER (3G) NITE
  12. SIMPOSIUM BIOTEKNOLOGI (SymBion ’10)
  13. LAWATAN INDUSTRI
  14. MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM
  15. IT-CHEM 2011
  16. ’SEHARI BERSAMA IChemE’
  17. CHEST FUTSAL CARNIVAL 2010
  18. Piala Dekan CHEST 2010
Program-program berkenaan akan diambil kira dan akan dimasukkan dalam sistem kiraan mata merit. Diharapkan mahasiswa maklum tentang perkara ini.

Apr 17, 2011

Isu: Sistem Merit & pendaftaran asrama UMP 2011/2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Baru-baru ini C4U telah hadir ke sesi penerangan tentang sistem pendaftaran kolej kediaman untuk sesi 2011/2012 kelak. Sistem ini baru lagi digunakan di UMP dan diperkenalkan tahun ini oleh Majlis Pemilihan Pendaftaran Asrama UMP. Seperti yang diterangkan oleh pengetua kolej kediaman, sistem ini adalah sistem pengisian borang secara online melalui E-Community para mahasiswa/i UMP. Cara untuk menggunakan sistem tersebut adalah seperti berikut:

  1. Log in ke sistem E-Community.
  2. klik kepada Hostel Application (diruangan Sebelah kiri)
  3. Jika anda layak (iaitu markah merit bersih anda melepasi syarat layak memohom), anda akan masuk ke applikasi pemohonan kolej kediaman. Jika anda tidak layak (Sistem akan memberitahu anda tidak layak) anda tidak dapat untuk masuk ke applikasi permohonan dan hendaklah sebaliknya mengisi borang rayuan permohonan.
  4. Setelah anda masuk ke applikasi permohonan, anda dikehendaki untuk memilih kolej kediaman yang anda ingin mohon. Kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), anda hanya layak untuk memohon kolej kediaman KK1, KK2, KK3 & KK4 sahaja. KK5 dan KK bazar Muhibbah tidak terdapat dalam pilihan,
  5. Setelah anda memilih kolej kediaman, anda dikehendaki untuk memasukkan nama rakan sebilik anda. Untuk pelajar KK1 dan KK3 anda boleh memilih 2 atau 4 orang rakan sebilik. Kepada Pelajar yang memilih KK2, hanya boleh memilih 2 orang rakan sebilik anda. kepada pemohon KK4, anda boleh memilih 5 atau 8 orang rakan sebilik anda.
  6. Setelah anda memasukkan nama rakan sebilik anda, rakan yang anda pilih hendaklah menerima dan bersetuju dengan memilih pilihan 'AGREE' pada applikasi tersebut untuk menandakan anda bersetuju.
  7. Setelah itu, anda diminta untuk mencetak borang permohonan dan menghantar ke pejabat kolej kediaman yang anda telah mohon. Rakan sebilik anda hendaklah menandatangan pada borang berkenaan. Kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau kewangan, hendaklan melampirkan surat sokongan seperti surat doktor ataupun surat daripada pihak kebajikan. Borang permohonan boleh dihantar ke pejabat kolej kediaman sebelum pukul 5 petang, 3 Mei 2011.
Sistem kali ini beteraskan markah merit, iaitu melalui markah yang telah dikira melalui sistem yang dimasukkan oleh setiausaha-setiausaha persatuan yang berkenaan. Sistem merit yang dilaksanakan adalah berdasarkan 50% merit akademik dan 50% merit aktiviti (kepada pelajar tahun 2 &3), dan 60% merit akademik dan 40% merit aktiviti (Pelajar tahun 1). Bagi kiraan markah akademik akan dilaksanakan oleh sistem berkenaan. Kepada pelajar yang mendapat markah merit yang melepasi syarat layak MEMOHON asrama dapat menggunakan applikasi permohonan asrama UMP. Jika anda tidak mencapai syarat layak memohon anda tidak akan dapat menggunakan applikasi tersebut. Applikasi permohonan akan dibuka bermula pada 20 April 2011 sehingga 3 Mei 2011.

Pemeberitahuan kepada pelajar FKKSA, anda diminta untuk mengisi borang spreadsheet dibawah bagi kami mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai sebarang merit aktiviti bagi membolehkan anda memohon untuk mendapat asrama pada sesi 2011/2012.


Update terbaru daripada pihak kolej kediaman, jika anda hendak mengetahui bagaimana proses kiraan merit dilaksanakan boleh klik pada rangkaian seperti yang dibawah.

http://notes.ump.edu.my/fkee/Makluman%20awal%20permohonan%20Kolej%20Kediaman%20sesi%202011_2012.docx

C4U berharap tidak ada pelajar FKKSA yang tercicir daripada permohonan ini. Pihak CHEST berbesar hati untuk membantu smua pelajar FKKSA. Jika ada sebarang masalah tentang permohonan kolej kediaman ini, anda hendaklah berhubung terus kepada pihak pengurusan kolej kediaman masing. Sekian dahulu dari C4U.